Rumput yang akan digunakan untuk perlawanan akhir Piala Dunia 2026 boleh didapati sebagai cenderahati selepas ia digunakan.
Menurut Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), rumput itu akan dituai dan dibahagikan kepada empat jenis selepas acara sukan paling banyak ditonton di dunia itu berakhir di East Rutherford, New Jersey , Amerika Syarikat (AS) pada 20 Julai depan.
Jualan ini -- untuk pelanggan di AS dan Eropah sahaja -- dijangka mampu menjana $11 juta (RM44.7j) kepada badan induk dunia itu.
Selain tiket dan memorabilia berharga tinggi untuk kejohanan ini, rumput paling tinggi nilainya ditetapkan dengan berharga $3,000 (RM12,210). Pembelian kepingan rumput berukuran tiga inci kali tiga inci oti akan merangkumi tiket replika berukir emas, replika bola mini Piala Dunia dan trofi Piala Dunia berpotongan kristal.
Tiga pilihan rumput cenderahati selebihnya akan dijual dengan harga $450 (RM1,831), $900 (RM3,663) dan $1,200 (RM4,884) sementara 2,026 kepingan untuk setiap jenisnya.
Bagi menjaga kualiti padang, rumput baharu ditanam di venue-venue Piala Dunia termasuk yang biasanya mempunyai padang sintetik seperti stadium di Seattle, Atlanta, East Rutherford, Vancouver, Kanada, Arlington, Texas, dan Inglewood, California.