Jaguh pecut negara, Azeem Fahmi, kempunan menambah koleksi pingat apabila tersingkir daripada acara 200 meter (m) Kejohanan Olahraga Bawah 23 Tahun (B-23) Asia Pertama di Ordos, China malam tadi.
Ia, selepas pelari pecut nombor satu kebangsaan itu kandas gara-gara false start, sekali gus terpaksa melupakan hasrat untuk melakar sensasi.
Terdahulu,Azeem melakukan catatan 10.17 saat (s) ketika mendominasi acara 100m untuk mememangi pingat emas dalam kejohanan tersebut.
Sebagai rekod, Azeem merupakan pemegang rekod 100m kebangsaan dengan catatan 10.09s.