Skip to main content

Bola Sepak

Piala Dunia 2026: Pasukan nombor lima dunia didakwa rosak, ada rasuah

Brazil

Anak legenda bola sepak Brazil, Pele, mengecam sistem bola sepak Brazil, sambil mengatakan pentadbiran badan induk kurang telus dan akauntabiliti, sekali gus mencerminkan prestasi pasukan kebangsaan.

"Bola sepak Brazil rosak. Sama ada rasuah atau apa sahaja.

"Ia seperti ekosistem tertutup di mana tiada siapa yang dapat melihat ke dalam, dan semua orang tahu mengapa ia tidak berfungsi, tetapi tiada siapa yang dapat memperbaikinya," kata Kely Nascimento.

Nascimento berkata kekayaan bakat negara terus menghasilkan pemain terbaik, tetapi perjuangan di pentas antarabangsa tidak membanggakan.

Brazil tersingkir daripada Piala Dunia2026  susulan kekalahan 1-2 kepada Norway menyaksikan kali pertama mereka gagal mara ke suku akhir sejak 1990.

Kali terakhir Selecao memenangi Piala Dunia pada tahun 2002.

Nascimento berkata arwah bapanya telah lama menyuarakan kebimbangan tentang keadaan bola sepak Brazil dan membandingkan kemerosotan negara itu dengan negara-negara seperti Perancis, yang katanya kelihatan telah membina sistem yang lebih berkesan.
 

Anda mungkin berminat dengan

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Must Watch Video