Skip to main content

Bola Sepak

Piala Dunia 2026: FIFA telah gagal -- Bekas pengadil

Reff

Penelitian terhadap dua insiden kad merah dalam Piala Dunia 2026 membabitkan pertahanan England, Jarell Quansah, dan penyerang Amerika Syarikat (AS), Folarin Balogun, seharusnya memiliki nasib sama, namun dipertikai hebat oleh peminat.

Ini menyebabkan bekas pengadil antarabangsa tidak dapat menerima kedua-dua keputusan tersebut.

Quansah dibuang padang dalam kemenangan England ke atas Mexico selepas semakan video bantuan pengadil (VAR) menganggap terjahannya sebagai satu kesalahan yang serius. Dia kemudiannya digantung dua perlawanan yang tidak boleh dirayu.

Sebaliknya, Balogun dibuang padang dan menerima penggantungan satu perlawanan yang kemudiannya ditarik semula oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Hakikat bahawa Presiden AS, Donald Trump, secara peribadi telah menggesa Presiden FIFA, Gianni Infantino, untuk menyemak semula kes Balogun nampaknya memburukkan lagi kontroversi.

"FIFA telah gagal dalam tugas mereka selepas mereka menangguhkan penggantungan Balogun.

"Mereka membenarkan campur tangan luar oleh presiden," tulis bekas pengadil, Keith Hackett. di media sosial pada hari Khamis.

"FIFA, penggubal undang-undang utama bersalah dalam hal ini.

KESALAHAN YANG KIRA-KIRA SAMA

Bagi Jonas Eriksson pula yang merupakan pengadil FIFA selama 16 tahun dari 2002, berkata jika Balogun mendapat penggantungan satu perlawanan, Quansah juga sepatutnya sama, memandangkan dua insiden mereka adalah hampir sama.

"Apa yang semua orang mahukan daripada pengadil adalah keputusan yang betul dan yang lebih penting ialah konsistensi," kata Eriksson.

 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Must Watch Video