Skip to main content

Bola Sepak

Piala Dunia 2026: Bahang Argentina-Mesir merebak ke Malaysia, insiden baling kerusi cetus perhatian

Piala Dunia 2026: Bahang Argentina-Mesir merebak ke Malaysia, insiden baling kerusi cetus perhatian

Bahang aksi penuh kontroversi antara Argentina dan Mesir di pentas Piala Dunia 2026 bukan sahaja mencetuskan pelbagai insiden di Amerika Syarikat, malah tempiasnya turut dirasai di Malaysia apabila berlaku kekecohan ketika tayangan langsung perlawanan di sebuah restoran di Johor Bahru, Johor awal pagi tadi.

Menerusi laporan akhbar tempatan, Insiden membabitkan tindakan membaling kerusi itu menjadi tular di media sosial, sekali gus menambah senarai kontroversi yang mengiringi perlawanan dramatik tersebut, yang sebelum ini turut menyaksikan bantahan rasmi Mesir terhadap mutu pengadilan, provokasi antara penyokong serta pelbagai rakaman tular di luar stadium.

Kekecohan di Johor Bahru dipercayai berlaku ketika penyokong sedang menyaksikan aksi yang menyaksikan Argentina bangkit daripada ketinggalan untuk mencatat kemenangan 3-2 ke atas Mesir dan melangkah ke suku akhir Piala Dunia 2026.

Walaupun suasana menjadi tegang, kejadian itu dilaporkan tidak mengakibatkan kecederaan atau kerosakan serius di premis berkenaan. Bagaimanapun, terdapat dakwaan sebuah kenderaan mengalami kerosakan dalam insiden tersebut.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang merakam kejadian telah diserahkan kepada pihak polis bagi membantu siasatan.

Sementara itu, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara mengesahkan siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar insiden dan individu yang terlibat.

Perlawanan Argentina menentang Mesir terus menjadi antara aksi paling hangat diperkatakan di Piala Dunia 2026, bukan sahaja kerana kebangkitan dramatik di atas padang, malah rentetan kontroversi yang menyusul sebelum dan selepas wisel penamat sehingga tempiasnya dirasai ribuan kilometer jauhnya di Malaysia.

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Germany 26 Home Pre Match Jersey Men Black JZ4577

adidas Football Germany 26 Home Pre Match Jersey Men Black JZ4577

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

Must Watch Video