Skip to main content

Bola Sepak

Piala Dunia 2026: Air Mata Vozinha warnai kejutan Cape Verde, malukan Sepanyol

Piala Dunia 2026: Air Mata Vozinha warnai kejutan Cape Verde, malukan Sepanyol

 

Penjaga gol veteran Cape Verde, Vozinha, tidak dapat menahan sebak selepas menjadi wira negaranya dalam keputusan seri 0-0 yang dianggap antara kejutan terbesar Piala Dunia 2026 setakat ini.

Penjaga gol berusia 40 tahun itu mempamerkan aksi luar biasa untuk menafikan deretan percubaan Sepanyol, sekali gus membantu Cape Verde meraih mata bersejarah dalam penampilan sulung mereka di pentas Piala Dunia.  

Beraksi menentang juara Eropah dan antara pasukan pilihan kejohanan, Cape Verde hanya menguasai sekitar 25 peratus penguasaan bola, namun berjaya bertahan dengan penuh disiplin sepanjang 90 minit.  

Vozinha menjadi tembok kebal pasukannya apabila melakukan tujuh penyelamatan penting selain beberapa tangkapan kemas ketika Sepanyol menggandakan tekanan, termasuk selepas kemasukan bintang muda, Lamine Yamal, pada babak kedua.  

Sepanyol yang dibarisi nama besar seperti Rodri, Pedri dan Yamal menguasai hampir 75 peratus permainan serta mencipta 27 percubaan, namun gagal menembusi benteng Cape Verde yang diketuai Roberto “Pico” Lopes dan Vozinha.  

Malah, Cape Verde hampir mencipta sensasi lebih besar apabila mempunyai peluang untuk menjaringkan gol kemenangan menerusi serangan balas lewat permainan, namun berjaya diselamatkan penjaga gol Sepanyol.  

Sebaik wisel penamat dibunyikan, Vozinha kelihatan menangis di tengah padang sambil diraikan rakan sepasukan dan penyokong yang menyaksikan sejarah tercipta. Beliau kemudiannya dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Perlawanan hasil persembahan cemerlang tersebut.  

Lebih manis, aksi hebatnya turut mendapat perhatian peminat bola sepak seluruh dunia sehingga namanya menjadi tular di media sosial dalam tempoh beberapa jam selepas perlawanan.  

Bagi negara kecil dengan populasi sekitar setengah juta penduduk itu, keputusan mengikat Sepanyol bagaikan sebuah kemenangan. Cape Verde bukan sahaja mencuri satu mata berharga, malah berjaya membuktikan mereka mampu bersaing dengan kuasa besar bola sepak dunia.  

Air mata Vozinha di Atlanta menjadi simbol kepada perjuangan luar biasa Cape Verde — sebuah negara kerdil yang berjaya menulis sejarah di pentas terbesar bola sepak dunia.  

Anda mungkin berminat dengan

New Balance 1000 - Grey

New Balance 1000 - Grey

Nike Men's Mercurial Vapor 17 Pro Firm-Ground Low-Top Soccer Cleats - Multi-Color [IO8225-900]

Nike Men's Mercurial Vapor 17 Pro Firm-Ground Low-Top Soccer Cleats - Multi-Color [IO8225-900]

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football WORLD CUP OFFICIAL EMBLEM CAP Unisex Black KE7368

adidas Football WORLD CUP OFFICIAL EMBLEM CAP Unisex Black KE7368

Must Watch Video