Malaysia mendapat tonik terbaik menjelang saingan Piala ASEAN FIFA hujung bulan ini apabila tiga tonggak baru sah mendapat kelulusan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) untuk mewakili Harimau Malaya.
Dua pemain naturalisasi, Bergson da Silva dan Manuel Hidalgo, selain satu pemain warisan, Brad Tapp, dibenarkan untuk mewakili skuad negara di Indonesia bermula 25 September ini.
Tiga penjaga gol terpilih ialah Syihan Hazmi Mohamed, Haziq Nadzli dan Azri Ghani.
Tapp akan menyertai kapten, Dion Cools, selain Corbin Ong, Faris Danish Asrul, Quentin Cheng, Syahmi Safari, Ubaidullah Shamsul Fazili dan pemain yang berpangkalan di Thailand, Daniel Ting, di Bahagian pertahanan.
Tugas di bahagian tengah Harimau Malaya pula akan digalas Hidalgo bersama Hong Wan, Nazmi Faiz Mansor, Nooa Laine, Sergio Aguero dan Stuart Wilkin.
Bahagian serangan pula paling padat dengan nama-nama besar bersama Bergson, iaitu Arif Aiman Hanapi, Faisal Halim, Romel Morales, G. Pavithran dan Fergus Tierney.
Malaysia akan berdepan Bangladesh bagi aksi pertama Kumpulan A di Stadium Gelora Bung Karno pada 25 September ini.
Senarai Pemain Harimau Malaya:
Penjaga gol
Ahmad Syihan Hazmi Mohamed (Johor Darul Ta’zim)
Haziq Nadzli (Kuching City FC)
Azri Ghani (Negeri Sembilan FC)
Pertahanan
Brad Tapp (Johor Darul Ta’zim)
La'Vere Corbin-Ong (Johor Darul Ta’zim)
Syahmi Safari (Johor Darul Ta’zim)
Faris Danish Asrul (Johor Darul Ta’zim II)
Quentin Cheng (Selangor FC)
Ubaidullah Shamsul Fazili (Terengganu FC)
Daniel Ting (Ratchaburi FC)
Dion Cools (Cerezo Osaka FC)
Tengah
Nathaniel Shio Hong Wan (Johor Darul Ta’zim)
Manuel Hidalgo (Johor Darul Ta’zim)
Stuart Wilkin (Johor Darul Ta’zim)
Nooa Laine (Selangor FC)
Nazmi Faiz Mansor (Kuching City FC)
Sergio Aguero (PSM Makassar)
Penyerang
Arif Aiman Hanapi (Johor Darul Ta’zim)
Bergson Da Silva (Johor Darul Ta’zim)
Faisal Halim (Selangor FC)
Pavithran Gunalan (Terengganu FC)
Romel Morales (Terengganu FC)
Fergus Tierney (PAC Omonia 29M)