Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam satu sebaran makluman malam tadi menyenaraikan senarai 23 pemain Harimau Malaya yang akan dibawa ke saingan Piala ASEAN FIFA di Indonesia bermula 2 September ini.
Selain 23 pemain yang diumumkan, barisan yang berada dalam senarai bersedia juga tidak kurang menarik untuk dibahaskan.
Buat sekian lama, kapten Kuala Lumpur, Paulo Josue, berada dalam senarai utama, kali ini pemain veteran itu berada dalam senarai menunggu bersama rakan sekelabnya, Syafiq Ahmad.
Dua tonggak Kuching City, Safawi Rasid dan Ramadhan Saifullah Usman, turut berada dalam senarai sama bersama pertahanan Johor Darul Ta'zim (JDT), Feroz Baharudin.
Turut tersenarai ialah empat tonggak Selangor, iaitu Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman, Harith Haiqal Adam Afkar, Ahmad Zikri Khalili dan Syahir Bashah.
Empat pemain lain ialah Azam Azmi Murad (Terengganu), Alif Haiqal Lokman Hakim Lau (Penang), Dominic Tan (Sabah) dan Richard Chin (Ross County).