PHNOM PENH 2 KUCHING CITY 1
Kuching City menanggung pengalaman pahit apabila pulang berputih mata dari Stadium Kebangsaan Techno Morodok, Kemboja, sebentar tadi.
Phnom Penh Crown -- yang turut membuat kemunculan pertama dalam Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) -- meraih kemenangan dalam aksi pembukaan Kumpulan H itu menerusi lonjakan tinggi pemain importnya, Moses Dyer, dalam situasi sepakan penjuru yang bercelaru pada masa kecederaan.
Penyudah Dyer jugalah yang meletakkan tuan rumah di depan pada minit ke-55, sebelum dipadamkan oleh pemain gantian Kuching, Ajdin Mujagic pada minit ke-72.
Ia seakan-akan mengulangi skrip ketika anak buah Aidil Sharin Sahak itu ketika berdepan mengulangi, cuma kali ini tuah tidak lagi memihak mereka.