Skip to main content

Bola Sepak

Piala ASEAN FIFA: Letusan Anak Krakatau cetus kebimbangan

Piala ASEAN FIFA: Letusan Anak Krakatau cetus kebimbangan

Letusan Gunung Anak Krakatau di Selat Sunda mencetuskan kebimbangan terhadap kelancaran penganjuran sulung Piala ASEAN FIFA 2026 di Indonesia, khususnya membabitkan keselamatan pemain, penyokong serta perjalanan udara.

Aktiviti gunung berapi itu menyebabkan abu vulkanik tersebar ke beberapa kawasan termasuk Banten dan sebahagian Jawa Barat, selain mengganggu operasi penerbangan di beberapa lapangan terbang Indonesia.

Bagaimanapun, setakat ini belum ada pengumuman rasmi daripada FIFA atau Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) mengenai pembatalan, penangguhan atau pemindahan kejohanan

Sebaliknya, persiapan terus berjalan seperti biasa menjelang kejohanan yang dijadual berlangsung dari 24 September hingga 5 Oktober di Jakarta dan Bandung.

Pihak pengurusan Kompleks Gelora Bung Karno (GBK) turut memberi jaminan kesan abu vulkanik di Stadium Utama Gelora Bung Karno (SUGBK) akan dibersihkan sepenuhnya sebelum kejohanan bermula.

Pengarah Utama PPK GBK, Rakhmadi Afif Kusumo, berkata keadaan stadium ketika pemeriksaan masih baik dan kerja pembersihan akan diteruskan bagi memastikan venue berada pada tahap terbaik.

Indonesia akan menjadi tuan rumah Divisyen Satu dengan Malaysia turut berada dalam Kumpulan A bersama tuan rumah, Singapura dan Bangladesh.

Namun, dengan aktiviti Anak Krakatau masih dipantau dan keadaan angin berpotensi mempengaruhi pergerakan abu, aspek keselamatan serta perjalanan pasukan dan penyokong dijangka terus menjadi perhatian menjelang sepak mula.


 

Buat masa ini, FIFA ASEAN Cup 2026 kekal berlangsung mengikut jadual, dengan perkembangan aktiviti gunung berapi akan terus dipantau pihak berkuasa Indonesia.

Anda mungkin berminat dengan

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Must Watch Video

Advertisement