Skip to main content

Bola Sepak

Piala ASEAN FIFA: Gawat! Indonesia dilanda badai kecederaan pemain

indonesia

Indonesia dilanda badai kecederaan pemain menjelang saingan Piala ASEAN FIFA di laman sendiri bermula 25 September ini.

CNN Indonesia melaporkan sekurang-kurangnya tujuh pemain skuad Garuda itu akan terlepas edisi perdana kejohanan berkenaan, termasuk ketua pasukan, Jay Idzes.

Idzes mengalami kecederaan otot paha ketika membantu kelabnya, Sassuolo, menentang Juventus baru-baru ini.

Selain kapten Garuda itu, Marselino Ferdinan, Shayne Pattynama, Sandy Walsh, Doni Tri Pamungkas, Miliano Jonathans, dan Mees Hilgers turut dilaporkan berstatus cedera.

Adrian Wibowo, pemain yang sedang dipinjamkan Los Angeles FC ke Wacker Innsbruck, juga dilaporkan sedang dalam pemulihan selepas kali terakhir mewakili Indonesia tahun lalu.

Rizki Ridho juga pada awalnya dilaporkan cedera ketika perlawanan Persija menentang Persib tetapi kecederaannya tidak terlalu serius dan masih boleh menerima panggilan kebangsaan.

Sebagai rekod, Indonesia akan memulakan kempen Piala ASEAN FIFA dengan menentang Singapura pada 25 September ini sebelum bertemu Harimau Malaya di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta tiga hari kemudian.

Mereka kemudian akan menamatkan saingan peringkat kumpulan dengan berdepan Bangladesh pada 1 Oktober ini.

 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Must Watch Video

Advertisement