Jurulatih Jerman, Jurgen Klopp, berasakan Presiden Persekutusan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino, wajar digantikan dan percaya penggantinya bakal membawa perubahan ke arah lebih positif.
Jurulatih berusia 59 itu turut menambah bahawa situasi yang melanda FIFA ketika ini berkemungkinan lebih teruk berbanding era bekas presiden, Sepp Blatter, yang pernah terpalit dengan skandal rasuah
"Terdapat pandangan sebulat suara bahawa satu perubahan sangat wajar. Saya tidak menyangka keadaan boleh menjadi lebih teruk selepas era Sepp Blatter, namun seseorang telah berjaya menjadikannya sedemikian.
🚨🔄 Jürgen Klopp on Gianni Infantino: “The general consensus is now that a change would make sense. People thought things couldn’t get any worse after Sepp Blatter - and then we got this.” https://t.co/AKNXGuPnl4
— Florian Plettenberg (@Plettigoal) November 15, 2026
"Pada masa ini, kami berpandangan jika Infantino berundur, penggantinya mungkin mampu menguruskan badan itu dengan lebih baik.
"Pasti terdapat individu di luar sana yang benar-benar prihatin terhadap masa depan bola sepak tanpa sebarang kepentingan kewangan peribadi; jika mereka bersatu dan salah seorang daripada mereka dilantik sebagai presiden, ia pasti akan membawa perubahan positif." katanya dalam sebuah sidang media.