Bekas pemain Selangor, Andik Vermansyah, berkongsikan perjalanan kariernya ketika beraksi bersama Selangor di Liga Malaysia.
Untuk rekod, bekas pemain kebangsaan Indonesia itu pernah Bersama Selangor selama empat musim dari 2014 hingga 2017, selain membantu The Red Giants melengkapkan 'Misi 33' menjulang Piala Malaysia 2015 dan muncul nain juara Liga Super pada musim sama.
"Yang rekrut saya ini bukan jurulatih, tetapi Datuk. Saya kerap main 5 hingga 10 minit sahaja kerana zaman saya di Selangor dahulu susah sekali.
"Jurulatih tidak mengenal saya tetapi masyarakat di sana sebahagian mereka tahu, kerana saya bermain ketika Piala AFF (buat skuad kebangsaan) di Malaysia.
"Akhirnya ada AFC, lima pemain (import) boleh diturunkan. Ketika lima pemain diturunkan, saya tidak beraksi, tiada peluang. Saya rasa lesu.
"Satu hari selepas latihan pelatih kata 'esok kamu bersiap ya, turun bermain' saya diturunkan minit pertama lawan Arema saya dapat beri bantuan jaringan. Di situ saya cipta enam peluang, dan mulai dari itu dan keesokannya esok keluar berita 'kecil-kecil enjin Ferrari'.
"Mulai itu terus Bersama pasukan sampai empat tahun." kongsinya dalam satu video yang tular di media sosial.