Pemenang Piala Dunia dari Brazil, Ronaldinho, telah turun beraksi dalam perlawanan kompetitif pertamanya dalam tempoh 11 tahun pada usia 46 tahun, dengan memulakan permainan untuk kelab divisyen tiga Itali, Ravenna, dalam pertembungan menentang Forli semalam.
Ravenna menewaskan Forli 2-0 dalam perlawanan Serie C tersebut. Ronaldinho terlibat dalam jaringan pembukaan oleh Giulio Donati pada minit ke-36, manakala Simone Rabbi menambah gol kedua pada minit ke-58.
Kali terakhir Ronaldinho bermain secara profesional adalah untuk Fluminense pada September 2015, sebelum bersara secara rasmi pada tahun 2018.
Ravenna lead! 🤩 Ronaldinho was involved in the build-up and what a strike it was from Giulio Donati! https://t.co/BNSWjnEp31
— Sky Sports Football (@SkyFootball) November 15, 2026
Bekas penyerang AC Milan itu pernah memenangi Piala Dunia bersama Brazil pada tahun 2002, anugerah Ballon d'Or pada tahun 2005, serta Liga Juara-Juara Eropah (UCL) bersama Barcelona pada tahun 2006.
Apabila ditanya sama ada Ronaldinho mungkin akan beraksi sekali lagi untuk Ravenna, dia menjawab: "Jika Presiden memanggil saya, saya akan kembali."