Syarikat gergasi minyak terkemuka, Petronas, menjadi bualan peminat bola sepak tanah air apabila entiti yang dikenali dunia itu menjadi penaja utama saingan liga bola sepak Bangladesh.
Pengumuman itu tular di media sosial sejak malam tadi, dan menarik perhatian penyokong tempatan sambil memberikan pandangan masing-masing.
Advertisement
Melalui satu hantaran rasmi mengesahkan bahawa syarikat nasional itu diumumkan selaku penaja utama menjelang musim hadapan yang dijadualkan bermula hari ini dengan penglibatan lapan pasukan.
The wait is over!@Petronas presents the Bangladesh Football League — where boldness meets limitless football flair. 🇧🇩⚽ pic.twitter.com/3Hr4lCMCqg
— Bangladesh Football League (@BangladeshFL) November 23, 2025
Begitupun, jumlah pelaburan tidak didedahkan.
Dalam industri sukan, Petronas terkenal dengan penajaan gah dalam arena Formula 1 bersama Mercedes-AMG yang menyaksikan banyak kejayaan dihasilkan menerusi kerjasama itu.
Tidak dilupakan, Petronas merupakan rakan strategik Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dengan rekod penajaan paling tertinggi dalam sejarah.

Sepak Padu Dengan Nike
Diskaun 30% dan ke atas untuk kasut Nike. Masa terhad, cepat dapatkan sekarang!