Bekas pemenang pingat emas beregu wanita Sukan Komanwel Manchester 2002, Ang Li Peng, menyifatkan gandingan ranking kedua dunia, Pearly Tan-M. Thinaah sebagai antara pasangan terbaik dalam era semasa, dan berpotensi menjadi 'Greatest Of All Time' (GOAT) Malaysia.
"Sebelum zaman saya, tiada yang mampu memenangi kategori beregu wanita.
Advertisement
"Selepas itu, terdapat peningkatan oleh kem kebangsaan dalam sektor ini.
#KumamotoMasters2025
WD | FINALS#MAS🇲🇾 Pearly Tan-Thinaah Muralitharan 1️⃣ def. #JPN🇯🇵 Rin Iwanaga-Kie Nakanishi 4️⃣ 22-20 21-19
⏱️ 54m
Tahniah Pearly–Thinaah! 🇲🇾 🏆 pic.twitter.com/epzFtg1Nqx— BAM (@BA_Malaysia) November 16, 2025
"Sekarang, kita menyaksikan Pearly dan Thinaah sebagai salah satu beregu yang sangat hebat.
"Saya sangat berbangga dengan mereka. Mereka adalah GOAT pada masa kini," katanya kepada wartawan Astro Arena, Zaki Zainal.
Namun, untuk memastikan mereka mencapai potensi sebenar -- terutama dalam misi menuju Sukan Olimpik Los Angeles (LA) 2028, serta mengharungi cabaran beregu China yang sering menjadi pemisah, sokongan profesional mesti dipertingkat.
Ini merangkumi peranan pakar nutrisi, jurulatih ketahanan fizikal, doktor pakar, serta perincian taktikal dan gaya permainan terbaik di bawah bimbingan jurulatih, Rosman Razak.