Skip to main content

Angkat Berat

PABM titip doa buat Hafizuddin, misi cari pengganti bermula semula

PABM doakan Hafizuddin, misi cari pengganti bermula semula
Advertisement

“Doa kami seluruh keluarga angkat berat buat Udin”, Itu luahan Naib Presiden Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM), Ahmad Janius Abdullah, yang mewakili seluruh warga sukan berkenaan dalam mendoakan kekuatan dan kesembuhan buat Muhammad Hafizuddin Roslin selepas atlet negara itu kehilangan lengan kanan akibat kemalangan jalan raya, Selasa lalu.

Hafizuddin, yang merupakan pemenang pingat emas Sukan Komanwel 2026, mengalami kecederaan serius selepas kemalangan berkenaan sehingga memerlukan lengan kanannya dipotong susulan komplikasi pada salur darah di bahagian tersebut.

Advertisement

Menurut Janius, kehilangan Hafizuddin bukan sahaja satu ujian besar buat atlet itu dan keluarganya, malah turut memberi kesan kepada landskap angkat berat negara, khususnya dalam kategori 88 kilogram.

PABM kini perlu kembali memberi tumpuan kepada pembangunan dan pencarian bakat baharu bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan atlet berpengalaman itu.

Advertisement

“Seluruh keluarga angkat berat di Malaysia mendoakan yang terbaik buat Udin. Kami berharap Udin dapat bersabar menghadapi ujian ini,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Janius mengesahkan Kejohanan Angkat Berat Malaysia yang bermula Selasa menjadi antara medan pemilihan atlet negara ke Sukan SEA Malaysia 2027.

Bagaimanapun, gelaran juara kejohanan itu tidak menjamin tiket automatik ke temasya berkenaan kerana pemilihan akhir tertakluk kepada keputusan jawatankuasa pemilihan PABM.

Atlet senior yang sedang mewakili negara dalam kejohanan antarabangsa, termasuk saingan kelayakan Sukan Olimpik, diberikan pengecualian khas.

Namun, sekiranya terdapat pencabar lain dalam kategori masing-masing, prestasi mereka tetap akan dinilai secara telus.

“Kami memiliki beberapa pemenang pingat emas dalam SUKMA sebelum ini. Kami akan kembali ke peringkat pembangunan dan pelapis.

“Kami perlu bermula semula untuk mengenal pasti atlet yang bakal mengisi kekosongan ditinggalkan dalam kategori tersebut,” katanya.

Menariknya, Kejohanan Angkat Berat Malaysia kali ini turut mencatat sejarah apabila menerima penyertaan atlet dari tiga negara luar iaitu Thailand, Filipina dan Brunei.

Kehadiran peserta antarabangsa itu dijangka meningkatkan tahap persaingan, selain memberi peluang kepada atlet tempatan merasai suasana pertandingan lebih kompetitif menjelang temasya besar akan datang.

Di sebalik cabaran mencari pengganti, keutamaan ketika ini pastinya tertumpu kepada Hafizuddin yang sedang melalui fasa paling sukar dalam perjalanan hidup dan kariernya.

Anda mungkin berminat dengan

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Must Watch Video