Sudah tiba masanya untuk kita kembali ke produk tempatan !
Pengarah Teknikal Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP) Datuk Ong Kim Swee, menongkah arus menerusi pendekatan berbeza sebaik program itu diletakkan di bawah Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)
Advertisement
NFDP merupakan projek nasional demi kelangsungan bola sepak di peringkat tertinggi dalam tempoh tertentu.
Sejak penubuhannya pada 2014, pemilihan individu penting di tampuk utama pengurusan tenaga luar dilihat lebih berwibawa.
Namun, selepas 11 tahun, hasil daripada program itu masih belum mencapai jangkaan penuh, malah tidak menepati jumlah peruntukan saban tahun yang memakan jutaan ringgit Malaysia.
Bukan menafikan, nama nama seperti Arif Aiman Hanapi, Luqman Hakim Shamsuddin mahupun Sikh Izhan Nazrel Azman, merupakan keluaran produk awal, tetapi sebenarnya belum mencukupi.
Kini, di bawah era Kim Swee, bekas jurulatih negara itu melihat sudah tiba masanya untuk Malaysia mempercayai dengan kemampuan penuh anak watan.
Nama-nama seperti Shukor Adan, Hassan Sazali Waras, P. Maniam mahupun Rusdi Suparman dijadikan sandaran ketika ada yang melihat itu bukan pilihan yang tepat berdasarkan pengalaman mereka tidak kepada mencungkil bakat muda.
"Jika kita melihat senarai jurulatih yang ada, mereka telah bersama pasukan remaja negara sebelum ini.
"Bagi saya, ini adalah jurulatih tempatan yang telah melalui proses pembangunan peringkat remaja.
"Program ini dahulunya melibatkan orang asing. Kali ini, ia dipenuhi jurulatih tempatan.
"Saya berharap kita mampu melakukan membuktikan berdasarkan kredibiliti jurulatih tempatan," katanya di Nadi Arena.
Bekas pengendali Sabah itu menolak untuk membuat sebarang pengumuman rasmi berkenaan DNA mahupun 'blueprint' baru NFDP.
Tempoh masa selama enam bulan menjadi cagaran, untuk jaminan ada perubahan berlaku dalam NFDP.
"Ia tidak boleh dicapai dengan segara. Kita harus memperbetulkan perkara asas.
"Bukan sahaja pemahaman permainan. Aspek paling penting untuk perjalanan akar umbi ke peringkat seterusnya," tambahnya.