Skip to main content

Bola Sepak

Negara 202 selamba tunjuk kuasa sebenar, kali kedua American Samoa main luar rantau

Samoa

Guam mencipta kejutan apabila menewaskan American Samoa 6-0 dalam perlawanan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) Series di Stadium Juan Ramon Loubriel, Puerto Rico semalam.

Ini merupakan kekalahan kedua American Samoa dalam penganjuran siri tersebut.

Advertisement

Negara itu melakar sejarah dengan bermain aksi pertama mereka di luar rantau Konfederasi Bolasepak Oceania (OFC) menentang Guam pada 2011 dalam Sukan Pasifik.

Dan, mereka bertemu kembali pada tahun ini 15 tahun kemudian.

Kemas kini laman FIFA juga menyaksikan American Samoa memiliki kelebihan ranking lebih tinggi (190) berbanding Guam (202), namun kehebatan di atas padang membezakan prestasi masing-masing.

Walaupun American Samoa meninggalkan Puerto Rico dengan dua kekalahan daripada dua perlawanan pertama Diego Gomez sebelum ini, FIFA Series telah memberi mereka peluang untuk bermain di luar Oceania buat kali pertama dan memberikan pembelajaran berharga untuk kempen akan datang.

Must Watch Video