Skip to main content

Sukan SEA

Muay Thai Sukan SEA Thailand: Wassof Rumijam cipta kejutan raih emas, tumbangkan tuan rumah

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

wassof rumijam

Petarung muay thai negara, Wassof Rumijam, mencipta kejutan apabila memenangi pingat emas kategori bantamweight 54kg Sukan SEA Thailand 2025 dengan menewaskan wakil tuan rumah, Thongchai Huanak, di Stadium Lumpinee, Bangkok sebentar tadi.

Wakil negara berusia 21 tahun itu berdepan lawan berpengalaman yang tujuh tahun lebih tua darinya tetapi tidak menunjukkan sebarang reaksi goyah untuk memenangi pusingan pertama 10-9.

Advertisement

Biarpun diatasi 9-10 dalam pusingan kedua, wassof bangkit dalam pusingan terakhir untuk memenangi emas dengan keputusan 29-28.

Ia merupakan pingat emas kedua kem muay thai negara selepas Angie Yan mengungguli acara wai kru wanita.

 

Must Watch Video