Skip to main content

Permotoran

Moto3: Hakim Danish terus curi tumpuan

Moto3: Hakim Danish terus curi tumpuan

Pelumba muda negara, Hakim Danish Ramli, terus mencuri perhatian dalam saingan Moto3 apabila menampilkan aksi konsisten pada pusingan keempat MotoGP.

Dalam perlumbaan GP Sepanyol di Circuito de Jerez, Danish berjaya menamatkan saingan di tempat ke-13, sekali gus meraih tiga mata berharga untuk kedudukan keseluruhan.

Advertisement

Keputusan tersebut menyaksikan Hakim kini menghuni tangga ke-15 dunia dengan kutipan 12 mata setakat ini -- satu pencapaian positif buat pelumba muda yang semakin menunjukkan kematangan di pentas antarabangsa.

Walaupun memulakan perlumbaan dari petak ke-10, Hakim berdepan saingan sengit dalam kelompok pertengahan. Namun, dia berjaya bangkit dan mengekalkan rentak kompetitif sehingga menamatkan perlumbaan dalam kelompok pungutan mata.

Prestasi konsisten ini memberi petanda positif terhadap potensinya untuk terus mencabar dalam perlumbaan seterusnya, sekali gus mengukuhkan reputasinya sebagai antara prospek terbaik negara dalam sukan permotoran.

Must Watch Video