Skip to main content

Bola Sepak

Ini situasi terkini Bojan Hodak

Persib

Selepas merangkul kejuaraan Liga Super Indonesia buat kali kedua berturut-turut, ketua jurulatih Persib Bandung, Bojan Hodak, melepaskan jawatan tersebut berkuat kuasa serta merta.

Laporan sebelum ini tular mengatakan bekas pengendali Johor Darul Ta'zim (JDT) itu bakal meninggalkan Pangeran Biru, malah meninjau laman transfermarkt juga menyaksikan kontraknya bersama kelab tersebut akan berakhir pada hujung bulan ini.

Namun, gergasi Indonesia itu pantas menafikan dakwaan tersebut apabila Bojan Hodak kekal bersama kelab itu dengan peranan berbeza selepas ini.

Individu berusia 54 tahun itu akan menggalas tanggungjawab selaku Penasihat Teknikal Strategik bagi membantu mengekalkan kejayaan berterusan pada masa hadapan.

Transisi tersebut menyaksikan Persib Bandung akan menghadapi perubahan skuad, selain membentuk pasukan seimbang dan mencari pelapis terbaik bagi mengangkat agenda saksama sebagai kuasa bola sepak terbesar Indonesia.

Dalam masa sama, jaguh Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) itu mengumumkan pelantikan Igor Tolic menggantikan Hodak sebagai ketua jurulatih baharu Persib Bandung bermula hari ini.
 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Must Watch Video