Pelumba Moto3 negara, Hakim Danish, akan memulakan perlumbaan Grand Prix Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang dari petak ketiga esok.
Ini selepas pelumba berusia 19 tahun itu muncul ketiga terpantas dalam sesi kelayakan 2 (Q2) sebentar tadi.
Dia melakukan catatan masa terbaik 2:10.529s dan hanya ketinggalan 0.133s berbanding pelumba terpantas Maximo Quiles.
Brian Uriarte pula akan bermula dari petak kedua selepas melakukan 2:10.480s.