Skip to main content

Bola Sepak

Meledak: Kim Pan-gon kebal dalam tempoh bulan madu

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Selangor

Jarang kerusi panas ketua jurulatih di Selangor tak bergelora.

Tetapi kehadiran Kim Pan-gon sebagai ketua jurulatih baharu tampak memberikan ketenteram segera, dengan segala tumpuan kini teralih ke arah sosok pakar taktikal dari Korea Selatan itu.

Advertisement

Ibarat membawa nafas baharu sejak pelantikannya pada awal tahun, Gergasi Merah menikmati rentak tanpa kalah -- mencatat enam kemenangan dalam lapan perlawanan Berbekalkan rekod tanpa kalah.

Memikul harapan tinggi untuk kelab tempatan yang bercita-cita besar seperti Selangor, tekanannya berganda.

Namun, reputasi Pan-gon yang sudah mengenali selok-belok kancah di negara ini, memungkinkannya untuk peralihan dalam barisan kejurulatihan berjalan lancar.

Selangor segera memadamkan kekecewaan ditundukkan juara 11 kali berturut-turut Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT), 0-2 -- kali terakhir mereka dikalahkan.

Pelantikan itu menyaksikan Pan-gon melangkaui ujian pertamanya berdepan DPMM FC dalam Liga Super dengan kemenangan 5-2, momentum itu diteruskan dengan membawa Red Giants ke separuh akhir Kejohanan Kelab ASEAN (ACC) Piala Shopee musim ini, selain meniti laluan ke separuh akhir Piala Malaysia.

Dan esok di Stadium MBPJ Kelana Jaya, ranjau seterusnya menanti dengan cabaran Negeri Sembilan FC untuk perebutan separuh akhir Piala Malaysia, sambil anak buahnya memegang kelebihan 1-0.

 

 

Namun, Pan-gon perlu mencari ramuan segera daripada keberkesan penyudah selepas mendapatkan Vitor Pernambuco dan Kim Ji-ho bagi menambah sengat di bahagian hadapan.

Menurutnya selepas barisannya sekadar membawa bekalan tipis apabila memerlukan sepakan penalti Chrigor Moraes:

"Masalah-masalah seperti ini akan diberikan keutamaan pada perlawanan akan datang kerana saya selalu tekankan kepada pemain melalui perbincangan antara mereka bahawa perlunya mereka melakukan penyudahan lebih tepat ke dalam gawang."

Kembalinya Safuwan Baharuddin untuk mengisi bahagian tengah pertahanan juga antara faktor yang menyumbang kestabilan di benteng.

Selain itu, kelibat Syahir Bashah yang kini selesa bergandingan sebagai pemain tengah bertahan di samping Nooa Laine mempamerkan perkembangan yang memberangsangkan.

Ia secara tidak langsung turut membuktikan Pan-gon tidak bersandarkan reputasi semata-mata dalam soal pemilihan kesebelasan terbaik.

Hakikatnya, cabaran makin hebat bakal dihadapi Selangor selepas ini, aksi hidup mati berdepan skuad Jang selain pertemuan dengan Buriram United dalam separuh akhir ACC Piala Shopee.

Ketika berdepan aksi getir sebeginilah dan pada waktu segala keputusan tidak memihak mereka, di sinilah kemampuan sebenar mereka akan teruji dalam menongkah badai. 
 

Topik Berkaitan

Must Watch Video