Kapten skuad hoki negara, Muhammad Marhan Mohd Jalil, terus mengekalkan ketenangannya di sebalik perubahan tampuk kepimpinan yang berlaku pada fasa kritikal pasukan, menjelang tiga kejohanan utama tahun ini.
Pertukaran ketua jurulatih daripada Sarjit Singh kepada Brendon Carolan selepas kejayaan layak ke Piala Dunia 2026 menjadi detik getir bagi Marhan, yang harus mengekalkan kepimpinan pemain dari segi permainan serta memastikan kelancaran dan keharmonian pasukan di bilik persalinan.
Marhan telah memegang jawatan sebagai ketua pasukan Speedy Tigers sejak 2020.
Sepanjang tempoh itu, walaupun jurulatih datang dan pergi, tanggungjawabnya tetap sama -- membimbing pemain untuk menjadi yang terbaik hari demi hari.
Sebagai pemain paling senior dalam skuad negara, Marhan juga menjadi rujukan utama bagi pemain muda, membantu mereka memahami dan memberi maklum balas berhubung taktik yang dibawa oleh Brendon Carolan.
Skuad negara dijadual berlepas ke Afrika Selatan bagi kempen Piala Negara-Negara 2026 pada awal pagi Jumaat, dengan harapan pemimpin berpengalaman seperti Marhan dapat mengekalkan kestabilan dan prestasi pasukan sepanjang kejohanan.
Sesi latihan terakhir sebelum keberangkatan skuad hoki lelaki negara ke Piala Negara-Negara di Afrika Selatan mencerminkan daya keinginan tinggi bagi menggembalikan reputasi gah The Speedy Tigers di pentas antarabangsa.
Saingan Piala Negara-Negara 2026 merupakan ujian pertama brendon carolan bersama skuad negara selepas menggambil alih kepimpinan Sarjit Singh.
Sekembalinya Brendon ke negara kelahirannya itu -- membawa seribu satu makna buat karier kejurulatihan serta maruah kem negara.
Sejak menggemudi skuad negara, Brendon berperang dengan masa menyusun semula struktur organisasi pasukan melibatkan pemain muda yang dikerah khususnya di jentera pertahanan.
Daripada senarai 20 pemain Yang dibawa bagi mengharungi Piala Negara-Negara -- tiga tonggak muda diberi mandat membarisi jentera pertahanan -- Andywalfian Jeffrynus, Muhammad Faris Harizan dan Azimuddin Syakir Kamaruddin.
Selain memperkasa jentera pertahanan dengan suntikan tenaga muda -- Brendon turut menambah jumlah pemain bagi gerakan pukulan sudut penalti.
Ideologi utama Brendon pada penampilan sulung bersama Speedy Tigers di pentas antarabangsa -- untuk mengembalikan elemen terkuat dalam permainan skuad negara -- kepantasan pemain dalam kawasan 'D' pasukan lawan.