Skuad bola sepak wanita negara memulakan kempen perlawanan persahabatan antarabangsa tier 1 dengan langkah kanan apabila meraih kemenangan tipis 1-0 menewaskan Bangladesh di Stadium Nasional, Dhaka, malam tadi.
Bintang Selangor, Ainsyah Murad, menjadi watak penting skuad kendalian Joel Cornelli tatkala menjaringkan gol tunggal untuk menumpaskan tuan rumah.
Advertisement
Untuk rekod, kali terakhir Malayan Tigress menundukkan Bangladesh pada 2017, dan ini merupakan kemenangan kedua pasukan kebangsaan dalam empat pertemuan terakhir menentang negara itu.
Selepas ini, mereka akan bertemu pasukan di ranking ke-74 dunia, Azerbaijan, bagi melengkapkan aksi tiga penjuru Tri Nations Women’s International Series itu.
Skuad Malayan Tigress dalam landasan terbaik mengatur persiapan terbaik menghadapi Sukan SEA 2025 di Chonburi, Thailand, Disember ini.