Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Semuanya adalah proses, tak boleh pentingkan diri -- Jurulatih Negeri Sembilan

d

"Semuanya adalah proses"

Jurulatih Negeri Sembilan, Daniel Gimenez, tampak mengakui Skuad Jang mungkin perlu menangguhkan hasrat untuk menjelmakan kebangkitan apabila berdepan Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam perlawanan minggu keempat, Liga Super 2026/27 di Stadium Sultan Ibrahim, malam ini.

Daniel menyifatkan lawannya yang merupakan juara liga 12 musim berturut-turut itu sebagai kuasa besar Asia, pengendali dari Sepanyol itu bagaimanapun menegaskan tiada motivasi tambahan diperlukan buat pemainnya menjelang pertembungan di Iskandar Puteri malam ini.

"Kami datang bukan dalam tempoh yang sukar, kerana kami menang dalam aksi persahabatan, kami melakar keputusan seri dan menang dalam aksi akhir (sebelum ini di Piala FA) walaupun tidak layak ke pusingan seterusnya.

 

 

 

"Semuanya adalah proses, saya percaya keadaan mereka (pemain) baik. Dalam bola sepak bukan semua perkara berlaku seperti yang ada jangkakan.

"Pasukan ini cukup kuat untuk berdepan aksi esok, ia akan menjadi aksi sukar.

"Mereka akan ada motivasi tambahan berdepan pasukan seperti JDT. Kami tahu JDT pasukan yang kuat dalam negara dan di Asia juga, kami tidak boleh pentingkan diri kerana paling penting adalah pasukan, kami akan cuba berikan saingan." katanya.

Anda mungkin berminat dengan

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Must Watch Video

Advertisement