Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Saya kena terima hakikat, tapi ia tidak adil -- Jurulatih interim Selangor

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Gamel

Pengendali sementara Selangor, Christophe Gamel, menyerahkan sepenuhnya kepada pihak pengurusan berkenaan nasibnya untuk terus mengemudi kelab itu ataupun tidak.

Ia, susulan khabar angin yang semakin tersebar berkaitan bekas ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon, bakal menerajui Gergasi Merah dalam masa terdekat.

Advertisement

Gamel meluahkan rasa tidak adil baginya meskipun menganggap berita itu belum pasti. Namun, dia tetap akur dengan apa jua keputusan yang menanti.

Jurulatih kelahiran Perancis itu bagaimanapun berbangga dapat mencurahkan sepenuh komitmen sepanjang tempoh memikul tanggungjawab dengan kemajuan pasukan yang dicapai dibawah kendaliannya termasuk enam kemenangan berjaya diraih.

"Saya sedar saya kena terima hakikat, tetapi ia tidak adil. Interim sekadar interim.

"Ia berbeza jika mereka menawarkan kontrak sepenuh masa. Tetapi jika bergelar interim, apabila mereka mahu saya mahukan sebaliknya, saya harus ikut.

"Saya mendedikasikan semuanya untuk kelab.

"Tidak kisah jika mahu menukar kejurulatihan dengan nama besar.

"Saya berjaya membuktikan sesuatu dan menukar sistem kelab ini kepada lebih saingan.  

"Berita ini tampil dalam satu minggu yang sama menentang Johor Datul Ta'zim (JDT). Ia tidak mudah bagi kami," katanya di Nadi Arena.

Setakat ini, belum ada sebarang kenyataan rasmi daripada mana-mana pihak.

Must Watch Video