Penyerang berbisa Selangor, Chrigor Moraes, menghembuskan nafas lega apabila berjaya membantu pasukannya mencatatkan kemenangan keenam dalam kancah Liga Super musim ini.
Lebih manis, pemain import kelahiran Brazil berjaya menghasilkan hatrik ketiga peribadinya bersama Gergasi Merah dalam semua pertandingan yang disertai.
Advertisement
Dia turut mempercayai bahawa kemenangan itu penting bagi mengembalikan semula tahap keyakinan pasukan terutamanya selepas tersingkir daripada saingan Piala FA serta Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2).
Untuk rekod, Chrigor telah mencetak sembilan gol dalam pentas Liga Super setakat ini.
"Perlawanan semalam sangat penting buat kami. Kami harus terus bersama di dalam atau di luar padang.
"Saya akan sentiasa membantu Selangor.