Skip to main content

Advertisement

Sukan SEA

Liga Super: JDT tutup aksi terakhir tahun ini dengan kemenangan ke atas Kelantan TRW

JDT

JDT menutup saingan terakhir tahun 2025 dengan menewaskan Kelantan The Real Warriors (TRW) 4-1 dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri sebentar tadi.

Harimau Selatan membuka jaringan pada minit ke-21 apabila Jairo da Silva merembat masuk umpanan Manuel Hidalgo sebelum Alberto Teto menggandakan kelebihan tuan rumah itu pada minit ke-42.

Advertisement

Permainan terbuka yang diamalkan TRW dalam separuh masa kedua membuatkan pertahanan mereka lebih terdedah dan gawang pelawat itu sekali lagi dibolosi pada minit ke-52, kali ini menerusi penyudah Oscar Arribas.

Berselang empat minit, Nazmi Faiz Mansor melakukan penyudah voli gemilang selepas menerima lambungan Jonathan Silva untuk menjadikan kedudukan 4-0.

Aksi melawan yang dipamerkan TRW akhirnya membuahkan hasil apabila Nur Azam Azih bertindak bijak memperdayakan penjaga gol JDT, Syihan Hazmi Mohamed, dengan gol lambungannya pada minit ke-73 sebagai gol sagu hati.

Dengan kemenangan itu, JDT kian selesa di tangga teratas Liga Super dengan 36 mata bersih daripada 12 perlawanan.

 

Must Watch Video