Pemangku ketua jurulatih Selangor, Christophe Gamel, yakin skuad Gergasi Merah mampu menyerlah menjelang saingan Liga Super minggu ke-13 berdepan PDRM meskipun tanpa kehadiran dua tonggak import yang telah meninggalkan pasukan sebelum ini.
Pada 15 Disember lalu kontrak Kevin Deeromram ditamatkan secara persetujuan bersama kelab, sebelum penyerang, William Lira, turut menerima nasib yang sama tiga hari kemudian
Advertisement
Mengulas mengenai pertemuan dengan PDRM baru-baru ini, Gamel berpuas hati dengan persediaan pemainnya meskipun cuaca menjadi penghalang utama, dan dia berharap anak buahnya tidak memandang mudah saingan skuad Sang Saka Biru yang kini berada di kedudukan tercorot carta Liga Super 2025/26.
"Kami perlu berurusan dengan pemain yang ada, tugas kami perlu bekerja dengan mana-mana yang ada. Saya ucapkan selamat berjaya buat mereka yang telah meninggalkan pasukan untuk masa akan datang.
"Kami menghormati semua pasukan lawan, berdepan Selangor semua pasukan memberikan yang terbaik serta bermotivasi. Kami jangkakan aksi sukar dan kami perlu fokus serta mempunyai mentaliti terbaik untuk menang aksi kali ini." katanya.
