Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Empat gol Chrigor Moraes hiasi sentuhan pertama Kim Pan-gon di Selangor

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

chrigor moraes selangor

Selangor memulakan era Kim Pan-gon dengan nota gembira apabila menewaskan DPMM 5-2 dalam perlawanan Liga Super di Stadium Hassanal Bolkiah, Brunei sebentar tadi.

Chrigor Moraes muncul pemain paling cemerlang dengan menjaringkan dua gol dalam setiap separuh masa sambil pemain kebangsaan, Nooa Laine, turut berada dalam senarai penjaring.

Advertisement

Bekas pengendali Harimau Malaya, Pan-gon, kembali ke tanah air selepas sah diumumkan sebagai ketua jurulatih Selangor pada Isnin lalu dan sentuhan pertamanya menyaksikan Gergasi Merah berhasil meraih kemenangan besar.

Chrigor membuka jaringan pelawat seawal minit kelima menerusi tandukannya sebelum menggandakan kelebihan itu berselang lima minit, juga menerusi satu tandukan gemilang.

Bagaimanapun, DPMM berhasil merapatkan jurang sebelum ke bilik persalinan hasil ledakan Hakeme Yazid Said.

Dalam separuh masa kedua, Nooa kembali memberikan kelebihan dua gol buat Selangor pada minit ke-48 sebelum tandukan Chrigor sekali lagi menerjah jaring berselang 10 minit.

DPMM membuktikan mereka bukan lawan mudah apabila berhasil menambah jaringan yang disudahkan Miguel Oliveira pada minit ke-62, hanya untuk membenarkan Chrigor menutup pesta pelawat dengan satu lagi jaringan susulan memanfaatkan kesilapan pertahanan tuan rumah pada penghujung permainan.

Dengan kemenangan itu, Selangor menduduki tangga keempat liga dengan 28 mata daripada 14 perlawanan manakala DPMM pula di tempat ketujuh dengan 17 mata.

 

Must Watch Video