Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Bintang Selangor 'cucuk' rapat Bergson, Jairo

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Moraes

Fakta menarik berkenaan tiga pemain itu adalah mereka berasal dari Brazil dan merupakan penyerang tulen buat pasukan masing-masing.

Persaingan Kasut Emas Liga Super musim ini semakin hangat apabila dua tonggak Johor Darul Ta'zim (JDT) menghuni kedudukan teratas, sambil dikejar rapat oleh bintang prolifik Selangor.

Advertisement

Menuju pusingan kedua perlawanan liga, Bergson da Silva dan Jairo da Silva, berkongsi 12 gol setakat minggu ke-13 ini. Bergson selaku status penjaring terbanyak sepanjang zaman dicabar hebat rakan sepasukan yang sering mendatangkan bahaya buat pasukan lawan.

Dalam masa sama, pembelian paling berbaloi buat Gergasi Merah apabila Chrigor Moraes secara tidak langsung sudah menjaringkan 11 gol, dan merupakan aset paling penting buat kelab itu.

Ketiga-tiga mereka memiliki kelebihan tersendiri. Perebutan anugerah itu menjadi tumpuan utama adakah ia kekal milik wakil Harimau Selatan atau kelab lain bakal membawa pulang gelaran tersebut.

Meskipun hampir sebulan tidak bermain, namun sensasi utama Harimau Malaya, Arif Aiman Hanapi, tetap menjadi pemain tunggal tempatan yang mencatatkan jaringan tertinggi. 
 

Must Watch Video