Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Azwan Ali, Hakeme muncul watak penting DPMM tumbangkan Imigresen

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

dpmm

DPMM mencipta kemenangan kedua selepas menewaskan Imigresen 4-2 dalam saingan minggu ke-11 Liga Super 2025/26 di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, sebentar tadi.

Pasukan pelawat tidak menunggu lama untuk membuka tirai jaringan pada minit kelima menerusi tampanan daripada Wilmar Jordan Gil untuk meletakkan Imigresen mendahului 1-0 terlebih dahulu.

Advertisement

Begitupun, Azwan Ali menyamakan kedudukan selepas rambatannya menewaskan Zarif Irfan untuk kedudukan terikat 1-1.

 

 

 

Kelonggaran barisan pertahanan anak buah Yusri Che Lah terus dihukum dengan dua jaringan dalam tempoh lima minit permainan dengan Hakeme Yazid Said yang memanfaatkan dua peluang terhidang untuk babak pertama berakhir sekali gus menyaksikan DPMM selesa mendahului 3-1.

Separuh masa kedua menyaksikan aksi lebih seimbang buat kedua-dua pasukan sehingga pasukan Imigresen dihadiahkan sepakan penalti sebelum dinoktahkan oleh Wilmar sekali lagi.

Ketika Imigresen mencari gol penyamaan, jaringan Miguel Oliveira menutup malam kemenangan 4-2 buat DPMM di laman sendiri.

Sementara itu, dalam satu lagi perlawanan di Stadium Bandaraya menyaksikan Selangor mendahului Penang 3-1 dalam separuh masa pertama.

 

 

 

 

Perlawanan terpaksa ditangguhkan sebanyak dua kali susulan masalah lampu limpah.

 

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video