DPMM mula mempamerkan belang sebenar!
Wakil Brunei kini menduduki tempat ketujuh Liga Super sambil berkongsi 17 mata bersama Negeri Sembilan usai menewaskan PDRM 3-1 di Bandar Seri Begawan, sebentar tadi.
Advertisement
Untuk rekod, ini merupakan kemenangan keempat berturut-turut DPMM sejak mengatasi Imigresen, naib juara Piala FA, Sabah, dan Penang.
Kelab Duli Pengiran Muda Mahkota tidak mengalami sebarang kesukaran berdepan pasukan pelawat meskipun menghadapi kekangan padang yang lecak.
Situasi mengawal bola juga memberikan impak, namun DPMM tenang fokus terhadap serangan tanpa henti. Separuh masa pertama menyaksikan tuan rumah gagal mendapatkan sebarang gol pembukaan.
KEPUTUSAN MASA PENUH – LS14#LigaSuper2025-26 #LigaMalaysia #DemiLigaKita pic.twitter.com/QQz6K1YGNC
— Malaysian Football League (@MFL_MY) January 3, 2026
Hakeme Yazid Said mencetak selaku penjaring pertama perlawanan tatkala sepak mula babak kedua bermula.
Pada minit ke-63, percubaan memukau daripada Jordan Murray menjadi jaringan tumpuan aksi apabila kemahirannya melakukan teknik tersebut menewaskan bekas penjaga gol Johor Darul Ta'zim (JDT) II, Hakeem Hamidon, untuk keputusan semasa 2-0.
Sang Saka Biru menerusi Fakhrul Azim cuba merapatkan jurang 1-2, namun segalanya hanya sia-sia buat skuad kendalian Eddy Gapil tatkala Hakeme memastikan DPMM meraih tiga mata penuh di laman sendiri.
PDRM kekal di tangga paling tercorot liga.