Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, merakamkan tahniah kepada skuad Harimau Malaya selepas melakar kemenangan bergaya 6-0 ke atas Singapura dalam aksi Piala ASEAN FIFA 2026, malam tadi.
Menerusi kenyataan di media sosial, Anwar berkata semangat juang dan kesungguhan yang ditampilkan skuad negara sepanjang kempen tetap menjadi sesuatu yang membanggakan rakyat Malaysia meskipun gagal melangkah ke final.
“Walaupun terlepas ke final, semangat juang dan kesungguhan Harimau Malaya sepanjang kempen tetap membanggakan seluruh rakyat Malaysia, sekali gus membuktikan pasukan negara mampu bersaing dan memberikan yang terbaik,” katanya.
Anwar turut mengingatkan bahawa perjuangan skuad negara masih belum berakhir apabila Malaysia dijadualkan berdepan Vietnam dalam aksi penentuan tempat ketiga dan keempat.
“Perjuangan belum selesai. Fokus kini kepada penentuan tempat ketiga dan keempat menentang Vietnam.
“Kekalkan momentum, berjuang hingga wisel terakhir dan bawa pulang kemenangan untuk Malaysia!” katanya.
Tahniah Harimau Malaya atas kemenangan bergaya 6-0 ke atas Singapura dalam aksi Piala ASEAN FIFA 2026 malam tadi.
Walaupun terlepas ke final, semangat juang dan kesungguhan Harimau Malaya sepanjang kempen tetap membanggakan seluruh rakyat Malaysia, sekali gus membuktikan… pic.twitter.com/Kn1stDEaww— Anwar Ibrahim (@anwaribrahim) October 2, 2026