Gandingan Boon Wei Ying-Foo Zu Tung, menjadi sandaran utama skuad badminton pekak negara menjelang Kejohanan Sukan Orang Pekak Asia Pasifik bermula Sabtu ini.
Penyertaan dalam edisi kali ini turut hadir dengan misi penting untuk mengubah warna pingat gangsa diraih dua tahun lalu di ibu kota.
Jurulatih badminton pekak kebangsaan, Sabrina Chong, menyatakan keyakinan penuh Wei Ying dan Zu Tung mampu melunaskan hasrat tersebut.
Ia selepas menilai prestasi serta komitmen penuh ditunjukkan mereka sewaktu sesi latihan akhir seminggu sebelum kejohanan bermula di Pulau Pinang.
Kempen 2024 menyaksikan kem badminton pekak negara meraih empat gangsa menerusi acara beregu lelaki, wanita dan campuran serta acara berpasukan.
"Untuk empat tahun sebelum ini di Brazil, beregu wanita bergelar juara. Empat tahun kemudian di Tokyo mereka tidak berada dalam keadaan terbaik, kemungkinan kerana terlalu banyak tekanan.
"Kami harap mereka boleh beraksi dengan baik, kami tidak mahu letakkan tekanan agar mereka tidak terlalu tertekan. Saya cuma harap mereka dapat beraksi dengan baik.
"Japan dan India saingan untuk wakil negara." katanya.