Skip to main content

Bola Sepak

Liga Malaysia: Perbincangan meja bulat satu langkah positif -- pakar

Asmawi.

Bekas pemain Sabah, Perak dan Selangor, Asmawi Bakiri, berpendapat perbincangan meja bulat sesama kelab Liga Super adalah satu langkah positif jika inisiatif itu benar-benar terjadi.

Ia selepas melihat keadaan beberapa pasukan yang masih bergelut dengan masalah kewangan meskipun Liga Super kini berstatus swasta.

Advertisement

Ini susulan cadangan beberapa wakil kelab untuk mengadakan perbincangan serius bersama semua pasukan Liga Super mengenai hala tuju dan kewangan liga.

"Perjumpaan ini perlu berlaku untuk menentukan hala tuju kerana ia bukan berdasarkan kehendak CEO itu semua tetapi lebih kepada perancangan, pertukaran pandangan, buah fikiran dan mungkin kolaborasi dalam mencari jawapan bagi permasalahan dalam bola sepak Malaysia ," katanya kepada wartawan Astro Arena, Kamal Nizam.

"Sekurang-kurangnya mereka juga ada hak kerana bertaraf CEO yang menjalankan pengurusan dalam pasukan, jadi mereka juga perlu ada tempat untuk bersuara dan bekerjasama dengan FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) dan semua pemegang taruh.

"Ia agar susunan itu lebih jelas dan semua orang tahu apa masalah yang perlu mereka selesaikan."

Mengulas lanjut, Asmawi menambah: "Isu semasa yang ada saban tahun adalah isu gaji.

"Ia akan menyebabkan perancangan dalam liga dan kerancakannya tidak nampak baik daripada segi komitmen permainanan kelab-kelab yang mengalami masalah kewangan.

"Untuk mencari jalan dan cara penyelesaiannya, saya rasa kelab itu sendiri perlu ada perancangan yang baik.

"Ia lebih kepada keterbukaan FAM dan semua pemegang taruh untuk mencari penyelesaian terbaik. Mungkin dengan sedikit kelonggaran dan rundingan untuk mendapatkan penaja yang mungkin lebih jelas."

 

Must Watch Video