Skip to main content

Bola Sepak

Liga A1 Semi-Pro: UM-Damansara kembali terap formasi asal, fokus perkukuh aspek pertahanan-serangan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

damansara

Kekalahan di tangan dua pasukan teratas Liga A1 Semi Pro iaitu Johor Darul Ta'zim (JDT) II dan Selangor memberikan input berguna buat kem Universiti Malaya (UM) Damansara United untuk lebih memperkukuh barisan pertahanan-serangan menjelang pertemuan menentang Perlis GSA pada Ahad ini.

Meskipun Perlis kini menghuni kedudukan ke-11 dalam carta liga, ketua jurulatih UM Damansara, Ridzuan Abu Shah, berharap anak buahnya tidak boleh mengambil mudah cabaran itu kerana mana-mana pasukan sekalipun mampu merobek gawang mereka jika benteng pertahanan goyah.

Advertisement

"Elemen yang perlu saya mengemaskini adalah pada bahagian pertahanan dan serangan, kami perlu pulang kepada asas dan tidak boleh melupakan perkara itu atau kesilapan akan berlaku," katanya.

 

 

 

 

Formasi 4-1-4-1 bakal digunakan bagi membolehkan lebih banyak peluang jaringan tercipta menerusi pemain sayap pasukan.

Walaupun terdapat pemain yang mengalami kecederaan ringan selepas dipinjamkan kepada beberapa pasukan bagi saingan liga IPT sebelum ini, Ridzuan yakin mereka mampu kembali cergas untuk memperkuat pasukannya itu.

"Dahulu saya gunakan formasi 5-3-2, kini saya kembali dengan formasi asal untuk memastikan bahagian kiri dan kanan menyokong bahagian serangan.

"Seramai 14 pemain beraksi di Liga IPT, kebetulan kami tiada perlawanan. Buat masa ini mereka semua tidak mengalami kecederaan dan boleh beraksi berdepan Perlis nanti." tambahnya.

Must Watch Video