Kapten Kedah FA, Pape Diakite, mengakui pasukannya tidak beraksi di tahap sebenar ketika diikat tanpa jaringan menentang oleh Imigresen II dalam aksi minggu ke-25 Liga A1 Semi-Pro musim ini.
Tonggak import kelahiran Senegal itu menuntut Lang Merah agar segera melupakan keputusan seri tersebut, sebaliknya fokus mempersiapkan pasukan menuju baki lima perlawanan musim ini.
Advertisement
Diakite percaya, skuad kendalian Victor Andrag itu masih berada di landasan tepat untuk menamatkan kempen musim ini dalam kelompok tiga pasukan terbaik.
Untuk rekod, Kedah FA kini menghuni kedudukan ketiga liga dengan 48 mata hasil daripada 14 kemenangan, 6 seri serta empat kali tewas.
"Hari ini kami bermain di bawah tahap sebenar, tidak sebagaimana ketika kami mencatat enam kemenangan berturut-turut dalam aksi terakhir.
"Satu mata untuk di bawa pulang tidaklah begitu buruk.
"Perkara paling sukar adalah memulakan kebangkitan sekarang," katanya.