Pemain perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao, mengakui dirinya sudah bersedia sepenuhnya untuk mengharungi siri kejohanan di Eropah selepas berdepan masalah fizikal sebelum ini.
Pemain ranking ke-27 dunia itu dijadualkan memulakan kempen dalam Terbuka Jerman dari 24 Februari hingga 1 Mac ini sebelum beraksi dalam Kejohanan Badminton Seluruh England di Birmingham dari 3 hingga 8 Mac.
Advertisement
Jun Hao sebelum ini menarik diri daripada Masters Indonesia sebagai langkah berjaga-jaga selepas memulakan musim dengan mara ke pusingan kedua Terbuka Malaysia, sebelum menarik diri dalam pusingan pertama Terbuka India.
💪 Leong Jun Hao kini bersedia sepenuhnya untuk siri kejohanan di Eropah!
Pemain perseorangan lelaki negara ini akan memulakan kempen di Terbuka Jerman (24 Feb – 1 Mac) sebelum beraksi di All England, Birmingham (3–8 Mac). 🏸@ASTROARENA pic.twitter.com/88jmw9XxQz— ZAKI ZAINAL (@_ZakiZainal) February 17, 2026
Naib juara Masters Jepun 2024 itu menegaskan keadaannya kini semakin baik dan latihan berjalan lancar menjelang aksi di Eropah.
Untuk rekod, tahun lalu dia tersingkir dalam pusingan pertama Seluruh England selepas tewas kepada pemain Indonesia, Jonatan Christie.