Persiapan Vietnam terjejas, Harimau Malaya pula dalam mod bersedia?
Juara Piala Hyundai ASEAM, Vietnam, difahamkan mengalami kepincangan apabila difahamkan kehilangan beberapa pemain menjelang perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat, Piala ASEAN FIFA 2026 menentang Harimau Malaya di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, Indonesia petang ini.
Episod kecederaan kembali menghantui ayam tambatan mereka, Nguyen Xuan Son, yang terpaksa berehat sekurang-kurangnya enam minggu ekoran hamstring ketika bertemu Filipina dalam aksi Kumpulan B.
Ini bukan kali pertama pemain kelahiran Brazil itu terpaksa berehat panjang, malah sebelum ini menunggu masa lama untuk kembali ke padang akibat kecederaan patah kaki tahun lalu.
Skuad kendalian Kim Sang-sik juga terpaksa kehilangan khidmat pertahanan, Bui Hoang Viet Anh, selepas tidak mampu meneruskan permainan sewaktu bertemu Pakistan minggu lalu.
Golden Star Warriors dalam satu kenyataan turut memaklumkan bahawa seorang lagi pemain naturalisasi mereka, Hoang Hen, dan Tai Loc mengalami masalah kesihatan yang memberi kesan kepada pasukan.
Sementara bagi Malaysia, dua tonggak utama, Faisal Halim (kecederaan) dan Dion Cools (urusan peribadi) sah tidak akan diturunkan petang ini.
Dalam tiga pertemuan lalu bertemu Vietnam, skuad kebangsaan tewas ketika Kelayakan Piala Asia 2027 pada Mac lalu serta kalah dua aksi timbal balik separuh akhir Piala Hyundai ASEAN.
Dan, kedua-dua pasukan itu akan berdepan buat kali keempat tahun ini bagi perebutan pingat gangsa edisi sulung itu.