Skip to main content

Bola Sepak

Pemain kebangsaan Liberia perkuat Melaka?

rr

'Dia mampu bantu Melaka'

Jurulatih Melaka, E. Elavarasan, mengesahkan skuad Hang Tuah bakal menandatangani seorang pemain baharu bagi memperkuat pasukan menjelang saingan baru Liga Malaysia 2026/27.

Ia membabitkan calon berprofil tinggi, pemain di posisi penyerang itu difahamkan ialah bekas penggempur Kuala Lumpur (KL) City, Sri Pahang, Terengganu dan PJ City, Kpah Sean Sherman.

Skuad Melaka belum lengkap sepenuhnya, berbaki lima hari sebelum aksi pertama Liga Super menentang Terengganu di tempat lawan.

Posisi penyerang utama antara yang menjadi tumpuan, memandangkan Melaka hanya membawa masuk seorang penyerang baharu, Christian De Souza Andre.

Sandaran lain ialah pemain tempatan, Jafri Firdaus Chew, Alif Ikmal Rizal dan Mahali Jasuli.

Situasi itu mendorong Elavarasan untuk mendapatkan seorang lagi penggempur berkualiti bagi menambah ketajaman jentera serangan Melaka.

"Kita sedang berusaha mendapatkan seorang penyerang, dalam tiga, empat hari ini akan sampai. Kami ada mencuba pemain tetapi tidak sesuai dengan pasukan. Saya rasa penyerang ini boleh membantu pasukan.," katanya.

 

 

 

 


Terdahulu, skuad Hang Tuah terlepas peluang meraih kejuaraan Piala Tuan Yang Terutama TYT Melaka selepas tewas 1-3 kepada Phnom Penh Crown dalam penentuan sepakan penalti, selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 sepanjang 90 minit permainan.

Phnom Penh Crown yang akan beraksi dalam Liga Juara-Juara Asia dua musim depan, terlebih dahulu membuka jaringan menerusi Dyer Moses John pada minit ke-30.

Melaka kemudian bangkit menyamakan kedudukan pada minit ke-65 apabila sepakan sudut Nizarudin azi ditanduk masuk Kim Shin Hoon.

Namun, Melaka akhirnya tewas dalam penentuan sepakan penalti apabila Alif Ikmal Rizal, Azim Rahim dan Kim Shin Hoon gagal menyempurnakan sepakan masing-masing, manakala Phnom Penh Crown berjaya menjaringkan tiga sepakan untuk melengkapkan kemenangan 3-1.

"Terima kasih Presiden Melaka yang mengundang kami, aksi final yang indah. Aksi yang berintensiti, kedua-dua peluang ada peluang, ia menarik untuk disajikan kepada penyokong." tambah jurulatih Phnom Penh Crown, Oleh Starynskyi.

 

Anda mungkin berminat dengan

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Must Watch Video