Atlet Johor, Chai Kai Le, melakar sejarah besar apabila berjaya memecahkan rekod kejohanan berusia 26 tahun, sekali gus merangkul pingat emas Sukan Malaysia (Sukma) Selangor 2026 di Universiti Putra Malaysia (UPM) sebentar tadi.
Dia yang beraksi dalam acara rejam lembing lelaki melakukan rejaman sejauh 64.44 meter (m) memperbaharui catatan terdahulu 62.33m oleh Kho Mei Kuan pada 2000.
Kai Le menewaskan wakil Pulau Pinang, Tan Chun Wei, dan rakan sepasukannya, Mohd Noor Iman Norman.