Skip to main content

Bola Sepak

Piala Hyundai ASEAN: Terbaru! Harimau Malaya hilang seorang lagi bintang kental

Bonai

Malaysia diambang penyingkiran.

Harimau Malaya sekali lagi tempang menjelang perlawanan separuh akhir kedua Piala Hyundai ASEAN bertemu Vietnam Rabu ini apabila kehilangan seorang lagi khidmat pemain, Rodney Celvin.

Bintang Kuching City itu hanya sempat beraksi selama 16 minit sebelum dikeluarkan oleh barisan kejurulatihan.

Ketua jurulatih interim, Tan Cheng Hoe, turut memberi bayangan bahawa pertahanan berusia 30 tahun itu berkemungkinan besar akan terlepas baki aksi, sekali gus menjadi pemain terbaru bakal terkeluar daripada pasukan.

Skuad kebangsaan telah kehilangan Aliff Haiqal Lokman Hakim Lau, Engku Nur Syakir Engku Yacob, Endrick Dos Santos, Jimmy Raymond dan Fazrul Amir Md Zaman serta Wan Kuzain Wan Kamal yang pulang ke Amerika Syarikat (AS).

Kini, pasukan negara perlu menghadapi tugasan getir tatkala wajib melakar kebangkitan mengatasi defisit jaringan di tempat lawan sekiranya mahu melangkah ke final kejohanan serantau itu.

Ketika ini, Naga Emas menang selesa 2-0 dalam aksi timbal balik pertama di Cheras malam tadi.

Anda mungkin berminat dengan

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Must Watch Video