Skuad bola sepak China akhirnya menamatkan rentetan 28 tahun untuk memenangi pingat dalam Sukan Asia selepas menewaskan Uzbekistan dalam penentuan sepakan penalti 4-3 di Aichi-Nagoya malam semalam.
China berjaya membawa pulang pingat gangsa selepas kali terakhir pada 1998 di Bangkok, Thailand.
90 minit perlawanan menyaksikan kedua-dua pasukan terikat 2-2 di Stadium Toyota sebelum aksi berlanjutan terus ke penentuan sepakan penalti.
Namun, ketika sepakan penalti berlangsung, terjadi perang mulut sehingga berlaku pergaduhan di antara Xiang Yuwang dan Ashirbek Jumaev di tengah padang memaksa pemain simpanan dan kakitangan pasukan meluru untuk menenangkan keadaan.
⏰️FULL TIME
🥉Asian Games 2026 Men's Football Bronze Medal Match
🆚China U23🇨🇳2⃣-2⃣(🅿4⃣-3⃣)🇺🇿Uzbekistan U23
15' Hu Hetao ⚽
43' Sardorbek Bakhromov ⚽️
53' Wang Yudong ⚽️
90'Shodiyor Shodiboev ⚽️#AsianGames #ChinaU23 pic.twitter.com/KQhYu56RbW— HOTPOT FOOTBALL (@HotpotFootball) October 3, 2026
Situasi semakin tegang apabila Ashirbek seperti mencekik Yuwang lalu mengakibatkan suhu permainan terus memuncak.
Mereka kemudiannya dilayangkan kad kuning. Penentuan sepakan penalti bersambung semula. Kecemerlangan penjaga gol China menyelamatkan dua sepakan lawan menghadiahkan kemenangan buat China.