Skip to main content

Hoki

Klinik Thunderbolts lahirkan ramai produk kebangsaan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

hoki

Klinik Thunderbolts lahirkan produk kebangsaankan hoki negara menerusi penganjuran Klinik Hoki TNB di Stadium Hoki Sultan Azlan Shah di Ipoh, Perak.

Klinik Hoki TNB membuka peluang buat bakat muda untuk meningkatkan kemahiran individu selain memupuk nilai kepimpinan sukan terpuji.

Advertisement

Inisiatif TNB mendekatkan bakat terbaik di daerah Kinta dengan ikon sukan hoki negara membantu meningkatkan kemahiran, disiplin serta keyakinan buat peserta.

Antara kelebihan Klinik Hoki TNB ialah hasil perguruan di bawah tenaga pengajar yang membuka pintu buat peserta mengenal pasti potensi diri.

"Saya harap pasukan Perak akan menonjol dalam saingan B-15 di peringkat kebangsaan yang akan datang.

"Dengan kerjasama ini, kami menerima bantuan kepakaran kejurulatihan dan kewangan selain klinik berterusan yang diadakan di Perak," kata Naib Presiden Persatuan Hoki Perak, Manjit Singh Grewal.

TNB sentiasa menjadi tulang belakang suka hoki negara sejak tahun 1975 hingga kini.

Seramai 90 pemain kebangsaan -- skuad senior dan remaja -- telah dilahirkan melalui Program Thunderbolts sejak 2008 dan angka ini terus meningkat.

"Saya dapat mempelajari teknik tahan bola dengan betul.

"Malah, latihan di sini lebih keras berbanding di sekolah," kata peserta Klinik Hoki TNB, Naila Qismiyya Mohd Khairil Ikram.

Tambah seorang lagi peserta, Muhammad Irfan Haqqun Mubin Sharulmizan: "Saya banyak menimba ilmu mengenai teknik asas permainan yang betul ditekankan di sini.

"Klinik yang diadakan ini memang menyeronokkan."

Must Watch Video