Skip to main content

Sukan

'Keluar duit sendiri RM150,000 untuk jayakan kejohanan'

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

hoki

Pembangunan sukan hoki di Malaysia terus diperkasa bagi melahirkan kualiti sebagai pelapis skuad negara suatu hari nanti.

Hoki kekal memiliki daya tarikan yang tinggi serta kelompok besar pemain aktif di peringkat belia.

Advertisement

Kejohanan Hoki Remaja MADANI peringkat kebangsaan 2026 dianjurkan buat julung kalinya menerusi penglibatan 178 pasukan dari seluruh negara bagi kategori bawah 12 tahun (B-12) serta (B-16).

Demi kemajuan sukan hoki, pihak penganjur menggunakan dana peribadi sejumlah RM150,000 demi menjayakan kejohanan ini.

"Kami menggunakan kewangan sendiri kerana ini adalah minat.

"Ini semua demi mencungkil bakat dari 11 hingga 16 tahun, selain merupakan platform menunjukkan kebolehan tersendiri.

"Murid-murid ini memerlukan kejohanan seperti ini. Kami menerima penyertaan daripada Sabah dan Sarawak untuk menimba pengalaman," kata Pengerusi Kejohanan, Bryan Lee.

Must Watch Video