Skip to main content

Bola Sepak

'Kamu itu jurulatih bukannya 'samseng', sebab itu jangan tidur ketika kursus kejurulatihan'

oepr

Legenda bola sepak Indonesia, Firman Utina, difahamkan memberikan teguran keras buat barisan kejurulatihan ketika pertemuan antara Bhayangkara dan Dewa United dalam dalam perlawanan Elite Pro Academy baru-baru ini.

Perkara itu susulan berlakunya insiden pergaduhan di tepi padang sehingga mencetuskan suasana tidak terkawal antara pemain dan staf kejurulatihan, selain aksi tendangan ala kung fu terhadap seorang pemain B-20 Dewa United.

Advertisement

 

 

 

"Kamu itu seorang jurulatih, bukannya 'samseng'. Sebab itu jangan tidur semasa kursus kejurulatihan supaya anda boleh belajar bersama-sama.

"Ini bukan lagi zaman untuk kamu buat sesuka hati. Kita akan berjumpa lagi dalam masa terdekat ya jurulatih." katanya dalam satu kiriman di laman media sosial.

Must Watch Video