Skip to main content
Advertisement

Badminton

Jun Hao perlu Pelan B

ismail saman
Advertisement

Bekas perseorangan lelaki negara, Ismail Saman, percaya Leong Jun Hao kini perlu memiliki Pelan B setelah kerap mengalami prestasi merudum dalam kejohanan disertainya.

Ismail menyifatkan peluang yang diberikan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) kerap menemui jalan buntu dan perseorangan negara itu gagal mencapai prestasi seperti diharapkan.

Advertisement

Menurutnya, sekiranya Jun Hao tidak lagi bersama BAM, dia boleh memikirkan haluan untuk bergerak secara profesional.

Tambahnya, bagi memulihkan status pencarian jaguh perseorangan lelaki negara, BAM perlu menekan 'butang panik' dan melakukan rombakan besar-besaran bagi memastikan kualiti pemain perseorangan kembali kepada prestasi yang dimahukan.

Advertisement

"Kita sudah banyak kali dengan BAM memberikan peluang kepada Leong Jun Hao untuk bangkit dalam setiap kejohanan," katanya kepada wartawan Astro Arena, Faizal Bazari.

"Tetapi permainan dan prestasi Jun Hao masih di tahap sama, jadi pada pendapat saya, dia sudah boleh melihat kepada Pelan B.

"Kerana jika dia masih di dalam BAM, dia mungkin akan direhatkan untuk memberikan peluang kepada pemain baharu mewakili negara dalam kejohanan akan datang.

"Bagi saya, kita sudah kena tekan butang kecemasan dan merombak pemain untuk melihat siapa yang boleh diharapkan.

"Kita juga perlu meneliti keadaan jurulatih yang ada dalam BAM selain mengenal pasti program yang dijalankan barisan jurulatih ini."

 

Anda mungkin berminat dengan

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Must Watch Video